var sp_preloader = '0'; var sp_gotop = '1'; var sp_offanimation = 'default';

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Hi Assalamualaikum, akhirnya aku kalah juga....kalah kepada tuntutan untuk menulis. Sejujurnya aku tak minat nak menulis pun, tambah dengan malas..lagilah tak menulis. Semua media sosial aku tak de sebab memang malas bertakhta dihati ...FB PERSONAL memang tak pernah ada sejak dulu hingga kini, yang ada page dan FB untuk bisnes kecil-kecilan yang sedang aku buat ni. PHD yang aku sedang buat ni pun..macam aku dah nak stop. Malas nak buat, alasannya malas dah datang. Boleh dikatakan aku terjejaskan juga dari segi mental akibat pendamik ni. Ye betul lain orang lain cara dan kesan yang menimpa mereka.

Aku ni dengan ada vertigo lagi, dengan enziti...fuhh berat beb. Korang tak rasa...bab sokongan dari SV...memang kelaut..sorrylah kalau ada SV yang terbaca. Terkontang kanting sorang. LAst aku ikut kelaut juga ni. Today date aku mula menulis di web ni ialah 17-1-2021 Ahad. Kepada member dan ahli bengkel DewaEdu..bersabarlah , dah lama kita tak berbengkel bersemuka. Best bersemuka ni walau aku amat minat online. Feel lain walau penat. Online ni mudah dan agak rileks. Personally aku memang orang online. Tapi sesekali nak juga bersemuka berborak as human.

Kepada yang terjejas ekonomi akibat pendamik ni, semoga Allah jualah yang memberi jalan kepada korang semua. Itu doa klise dari semua orang dan termasuk aku. Nak cakap apa lagi..kan. tapi jujurnya memang itu doa untuk kalian. Kepada yang tak jemu mengikuti bengkel dari DewaEdu, ribuan terima kasih dari kami pihak penganjur. Jangan serik untuk menimba ilmu dari kami. Kalau ada cadangan boleh je tulis ke emel kami (contact) atau WhatApps je. Awal- awal aku beri tahu disini. Penulisan diruang ini bukan bersifat berjadual. Jika ada isu menarik yang aku atau DewaEdu nak share...insyaAllah akan ada lah penulisannya.